^^


Thursday, May 27, 2010

Karangan : Ini saya

Karangan masa darjah 1.

Nama saya Liyana Jawahir. Nama abah saya Ahmad Adnan. Nama ibu saya Norinah. Nama adik saya Ahmad Suhael. Saya tertanya - tanya perlukah saya letakkan nama datuk dan nenek. Tetapi kerana datuk ada dua dan nenek ada dua, nanti tidak aci kalau letak salah satu. Letak semua panjang pula kerana karangan ini 120 patah perkataan sahaja. Jadi salah saya kah?

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chuping. Sebenarnya saya ingin bersekolah di sekolah lain kerana semua pelajar perempuan dekat sekolah ini kena pakai tudung. Walaupun mereka pakai tudung sampai waktu rehat sahaja, tetapi tetap pelik sebab saya saja yang tidak pakai tudung. Lagipun, ada seorang kawan saya bernama Fauziah, suka mengganggu saya. Tetapi, lama - lama saya pun pakai tudung, dan cikgu puji saya cantik, jadi saya tidak berminat lagi untuk berpindah ke sekolah lain. Saya sayang sekolah saya.

Hobi saya ialah bermain di gelanggang sebelah surau pada waktu petang seperti rounders dan aci ketuk. Orang Kuala Lumpur panggil aci sembunyi. Tapi nenek saya marah kalau main aci sembunyi pada waktu petang kerana takut disembunyikan oleh makhluk halus. Selepas itu, saya hanya bermain tuju kasut. Saya juga suka sangat menonton televisyen di setiap waktu yang lain. Seperti cerita Ultraman Taro, Anak - anak Sidek, Marvellous Hour dan Tomato Man. Dan hobi kadang - kadang saya ialah bermain air banjir. Sangat seronok bila banjir. Tapi dengan syarat air itu jernih. Kalau air warna teh susu, saya tak main nanti ada lintah.

Cita - cita saa bila besar nanti adalah ingin menjadi seorang doktor yang berjaya. Kadang - kadang saya rasa ingin menjadi seorang wartawan apabila menonton cerita Keluang Man. Tetapi datuk saya tidak berapa suka. Tetapi bila saya kata ingin menjadi seoarang Ustazah, datuk saya sangat suka. Tapi saya rasa untuk menjadi doktor juga. Akhir sekali, saya sayang keluarga saya semua sekali.

ps : Untuk pengetahuan, adik bongsu masih belum wujud.

No comments:

Post a Comment