^^


Thursday, May 27, 2010

Cintaku bukan Cintaku Part 5

Part 1

Part 2


Part 3


Part 4

Sambungan

Setelah aku berkawan dengan Tipah, lama - kelamaan, hubungan aku dengan Jemput bertambah baik. Wah! aku pun pelik. Okay. Biar. Nak buat macam mana, itu yang terjadi. Kadang - kadang kami mengelap bola petanque bersama. Iyalah, amatur sukan petanque mesti bermula dari mengelap bola.

Tetapi, puas jugak aku berfikir sendirian apa kenalah dengan Jemput yang semakin baik dengan aku. Adakah kerana aku belum membayar hutangnya dalam RM2.50 kerana hari itu aku nak beli snickers tapi terlupa beg duit tinggal dekat dalam bilik kemudian cikgu tidak bagi pelajar naik ke bilik kerana takut ada kes kecurian. Padahal, pelajar tak naik bilik pun ada kes kecurian.

Tetapi nasib baik, orang itu telah meninggalkan bahan bukti. Oh, orang itu orang luar. Adakah patut dia meninggalkan seliparnya di koridor? Mestilah ianya menjadi bahan bukti kerana ada cap jari. Kalau tak silap, seliparnya jenama Bowling. Aku pasti dia tidak professional.

Oh ya. Kembali ke cerita. Mungkin kerana aku tidak membayar hutang!

Lalu pada suatu hari aku bersetuju menemani Jemput untuk menonton Soap Opera di Opera House, Ampangan.

"Jemput. Bosanlah Soap Opera. Jom bersembang. Nanti mesti orang halau sebab kita buat bising. So takdalah rasa guilt sangat nak keluar. "

"Okay. Jom. Sorry aku ajak kau ke sini. Bukan apa, tiket ini yang aku terjumpa di celah pokok on the way to Central Point. Kalau aku jumpa tiket Harry Potter and Half Blood Prince nanti aku ajak lagi ya? " Jemput seperti memujuk.

"Okay. takdehal. Oh Jemput. Kenapa tiba - tiba kau jadi baik dengan aku. Bukan kah aku dengar kau tak suka aku? Kenapa? Kenapa? Kau nak hutang balik ya? Nah. " aku pun memberi dia RM 2.

"Kenapa? Kau tak suka kah aku baik dengan kau? Entah aku tiada jawapan. By the way. Kau short 50sen. Tapi tak mengapa. Aku diskaun. Lin, kalau kau tak suka tak apa, aku pergi sekarang."

"Tunggu! Jangan pergi........" kataku penuh emosi, tetapi perlahan. Sebab takut juga orang baling kerusi ke kepala ini.

"Jemput... Aku pun tak suka tak kawan dengan kau."

"Lin, kau mahu tahu sesuatu? Dengar ini. Dengar baik - baik. I'm going to tell you only once, so listen carefully. Lin, aku.. kau. Aku suka kau."

Dengan serta merta Jemput berlari keluar dari Opera house dan terus hilang. Dan aku rasa dia terus balik. Kemudian, adakah patut aku tertinggal di sini seorang? Tak lama kemudian, Jemput memberi mesej ' maaf aku tertinggal kau tadi kerana terlalu segan. Kau naik bas no 4oo untuk balik kolej okay'. Haha. Jemput.. Jemput.

Tapi tak mengapa. Aku gembira sangat sampai aku telah secara tidak sedar makan 3 doughnut Big Apples, Chicken Sizzling Noodles blackpepper hot plates dan Yong Tau Fu. Oh dan sebekas Tau foo fa di pasar malam Ampangan. What a beautiful day.

Sejak hari itu, aku menjadi sangat baik lebih baik dan baik betul dengan Jemput.

To be Continue :D

No comments:

Post a Comment