^^


Saturday, July 17, 2010

Help yourself out

Kau sedih? Tak mengapa. Normal. Bukan alien. Kesedihan kurniaan Allah SWT. Semua orang pernah rasa, lelaki handsome, perempuan bergaya, billionaire berjaya, driver billionaire berjaya. Tanya mereka, mesti mereka kata " ya, pernah rasa! " sekiranya mereka berpakat untuk menjawab serentak lah.

Orang kata cry'in means hati peka. Ingat tak masa darjah 6 ada ujian PEKA? Tapi peka ini lain ; Hati peka yang mampu merasakan nikmat dan kurniaan Allah SWT.

Cry'in akan buat ringan beban dalam dada. Berat badan juga mungkin akan ringan juga sekiranya menangis saja tak makan - makan. Jangan ya. Bad bad you. Menangis dihadapan Allah Yang Maha pengasih dan Maha Penyayang. Keluarkanlah segala keluh kesah kita dihadapanNya kerana ;

Bila air mata mengering, pipi ada line air mata, tangisan dah finish, sujud sudah berlalu, rasekan betapa nikmatnya dalam kesendirian. Itulah nikmatnya seorang MUKMIN. Hati menjadi lebih tenang relax chill out apa semua, diri lebih kuat, bukan makin melemahkenn.

Firman Allah SWT ;


"Janganlah engkau bersikap lemah dan janganlah pula engkau bersedih hati. Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya. Jika engkau orang-orang yang beriman." (QS. ali-Imran : 139).

''Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.''(QS Ath-Thalaq 2-3).

source : here

No comments:

Post a Comment