^^


Tuesday, June 15, 2010

Last last... :P ( perlu tinggal dengan nada yang paling ceria )

oh sebelum berundur diri saye ingin menyampaikan sebuah lagu dari iklan lama iaitu Iklan Axion. Saye tahu bahawa takde motif kan kan pasal lagu ini, tapi sebenarnya ada.

Motifnya ialah saye teringin nak kembali ke zaman 1997 di mana tidak perlu selesaikan masalah math yang cosh(x) and sinh(x) ape kebenda lagi entah dan di mana boleh ambik kusyen letak dekat depan tv sambil baring buat gaya bebas, takda siape nak kesah, dan tengok cerita kartun dan tiba - tiba ade iklan axion.

" Hey mari puan - puan dengar ini ceritaa..
Suami saya asyik balik awal saja..
Ada pembantu baru katanya...
Tentu dia perempuan muda...

Kan Abang dah kata... Axion namanya...

Axion ke Asiah? Tunjukkan pade saye!!

Ha ini die.
Axion ini dengan sistem dua kuasa,
Pantas membersih minyak tanggal segera..
Nyata lebih bagus... AXION baruu "

Dah ingat? Kalau tak ingat sama ada kamu besar dekat London atau banyak makan semut.

Okay bye. dah taknak tulis. serius. serius. Haish. Alpa. Ish pukul tangan ini! bad bad.

No comments:

Post a Comment