^^


Sunday, May 16, 2010

Cintaku bukan cintaku part 4

part 1

part 2

part 3

sambungan

Malam itu aku ada study group dengan Jemput. Yes. Malam ini aku kena balas dendam sikit. Yes. haha. Ciwah.

Bila jumpa Jemput aku terus ; Tumbuk pipi kanan, cucuk mata, tarik 3 helai rambut dan juga smack down. Jemput sangat terkejut. So dia tak sempat balas, cuma pasrah je lah. Lagipun perempuan kan. Takkan nak pukul perempuan. Cewah.

"Lin!! kenapa dengan kau ni? Kenapa kau belasah aku? "

" Oh Jemput. Sori. Aku nak selamatkan kau je. Tadi aku nampak nyamuk dekat dahi kau. So aku nak pastikan nyamuk tu betul - betul mati. Sori. Okay jom belajar fizik. "

Jemput memandang tak puas hati. So dia belanja aku mee mamak. Yes. Aku sebenarnya fikir - fikir balik dah nak merajuk lah dengan Jemput. Dia kan tak suka aku. So hari ini jelah aku nak study sekali. Itupun sebab dia belanja mee mamak. Jadi aku telah promise dengan diri sendiri yang aku taknak dah kawan dengan Jemput. Except kalau dia belanja ka hari tu aku kawan. haha "bagus. Tindakan bijak.", fikirku.

So esoknya aku pergi belajar dengan orang lain. Aku tak beritahu Jemput.

Lusa pun begitu.

Tulat pun. Yes aku berjaya merajuk seorang diri.

Tapi pada hari 'tungging' ( esok lusa tulat tungging ), masa aku tengah mai petanque dengan Jemput, tiba - tiba Jemput tanya.., oh ya. Aku mengasingkan hal peribadi dengan hal sukan. So tak kisahlah kalau jumpa di gelanggang petanque. I am professional. Cewah.

" Lin, semalam kau pergi study dengan siapa? "

" Dengan Atan dengan Samad."

" Oh. Kenapa kau tak bagitau aku? Dan semalam kau main dam dengan Atan kan?"

" Haah. "

" Oh best ke? " Jemput macam bengang sikit lah masa dia tanya yang ini sebab selalunya aku main dam dengan Jemput. Selalu aku main dam aji dengan dia. Tapi hari itu aku main dengan Atan.

" Best. Kau patut main dengan Atan. Atan tak reti main. Nanti kau menang selalu. " aku berkata lalu blah dari situ. Kononnya macam dalam cerita Sembilu. Ciwah.

Tapi selepas hari itu, hati aku macam tak sedap. Rupanya tak best kalau aku tak kawan dengan Jemput. Jadi aku ingat aku nak kawan dengan Tipah sajelah. Okay tiba - tiba pulak.

To be continue.

No comments:

Post a Comment